Skip to main content
Berita TimurTerengganu

[KEMAS KINI] PICK Remaja di Negeri Terengganu Bermula

By 22 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maherah Marina Mahusin (Kuala Terengganu)/Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 22 Sep (Malaysiaaktif) – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) memulakan pemberian vaksin COVID-19 kepada pelajar di Terengganu bermula semalam.

Pengarah JKNT Datuk Dr. Kasemani Embong, berkata seramai 36,507 pelajar tingkatan empat dan lima di seluruh negeri ini akan menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer membabitkan 54 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan dijangka berakhir sebelum awal Oktober depan.

Pengarah JKNT, Datuk Dr. Kasemani Embong menyuntik vaksin COVID-19 kepada pelajar yang hadir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman, semalam.

Kasemani (kanan) menyuntik vaksin COVID-19 kepada pelajar yang hadir di SMK Sultan Sulaiman, semalam.

“Mana-mana pelajar yang mempunyai masalah kesihatan kita telah memulakan suntikan vaksinasi bermula 15 September yang lalu di hospital-hospital di negeri ini, di mana inisiatif ini meliputi pelajar-pelajar sekolah swasta, maahad tahfiz dan juga sekolah berasrama penuh.

“Pada hari ini, seramai 800 pelajar dari tiga sekolah di Kuala Terengganu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman, SMK Padang Negara dan Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin menerima suntikan di Dewan SMK Sultan Sulaiman,” katanya ketika memantau program berkenaan di SMK Sultan Sulaiman, di sini semalam.

Bagi pelajar SMK Sulaiman, Muhammas AzimAzizi Azmi, 17, dia berasa sangat lega kerana proses penerimaan vaksinasi amat cepat berbanding dengan negara lain memandangkan negara kita antara yang terawal memberikan vaksin kepada para pelajar.

Muhammas AzimAzizi Azmi 17, tahun berasa sangat lega memandangkan negara kita antara yang terawal memberikan vaksin kepada para pelajar .

AzimAzizi berasa lega kerana telah mendapat vaksin. 

“Saya tidak sabar menunggu dos kedua dan sekiranya diizinkan untuk rentas negeri, saya serta keluarga memang dalam perancangan untuk bercuti.

“Bagi saya keputusan kerajaan amat tepat dalam memberikan vaksinasi kepada para pelajar memandangkan kita sudahpun hampir dalam fasa endemik,” katanya.

Manakala bagi Nur Aimurni Balqis Baharuddin, 16, berasa teruja apabila namanya disenaraikan antara pelajar yang menerima vaksinasi dalam program ini.

Nur Aimurni Balqis Baharuddin, 16, berasa sangat teruja apabila nama disenaraikan antara pelajar pertama dalam program vaksinasi tersebut.

Aimurni berasa teruja apabila disenaraikan antara penerima vaksin dalam program vaksinasi ini.

“Saya menyeru kepada para pelajar lain di luar sana tidak menerima bulat-bulat perkara yang tidak benar tentang vaksinasi dan terpengaruh dengan anti vaksin.

“Vaksin ini merupakan salah satu ikhtiar kita dalam melindungi diri dari dijangkiti COVID-19 dan sekiranya berjangkit diharapkan tidak berada ditahap kritikal,” katanya.

Turut hadir bagi melihat operasi pemberian vaksinasi pada hari ini ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Salim Ab. Ghani.

-ii-

Tinggalkan komen anda