Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PM Ajak Keluarga Malaysia Dapatkan Vaksin COVID untuk Capai Imuniti Kelompok

By 3 September 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 3 Sep (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak seluruh Keluarga Malaysia untuk bersama-sama mengambil langkah dengan mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 dalam usaha ke arah mencapai fasa imuniti kelompok.

Menerusi catatan yang dimuat naik di Facebook rasminya hari ini, perdana menteri berkata bagi mencapai matlamat itu, mereka yang belum mendaftar diseru supaya segera berbuat demikian.

“Seronok melihat mereka yang sudah menerima dua dos vaksin menjamu selera di restoran dan beriadah di luar. Bagi yang masih belum lengkap, insya-Allah giliran anda akan menyusul tidak lama lagi.

“Kepada seluruh Keluarga Malaysia yang masih belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin, saya menyeru agar berbuat demikian dengan segera. Kita semua rindu nak jalani hidup seperti sedia kala. Jom sama-sama kita ambil langkah ke fasa herd immunity!,” katanya.

Malaysia menyasarkan untuk mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda