Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedahMA

[KEMAS KINI] PMR@Komuniti Santuni Warga Desa dengan Informasi Terkini

By 11 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Yusmila Yusoff/Sazli Abu Hasan (Sik)

SIK, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Meskipun mendepani zaman media sosial yang lebih mudah dan cepat namun penyebaran maklumat melalui edaran risalah dan bahan cetak masih diteruskan.

PMR@Komuniti adalah program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia masih meneruskan tradisi ini dengan masuk ke kawasan desa dan kampung bagi menyampaikan maklumat dan info terkini yang lebih tepat kepada masyarakat.

Pegawai Penerangan Daerah Sik Ahmad Azlan Abdul Rahman, berkata Pusat Maklumat Rakyat (PMR) ini adalah platform untuk orang ramai mendapatkan info terkini yang lebih sahih dan tepat.

“Program PMR@Komuniti telah diadakan dan pelbagai info juga telah dikongsikan kepada ahli jemaah yang menghadiri solat Jumaat di Masjid Al-Barakah, Kampung Berona Kanan semalam.

Pengunjung booth PMR yang datang berkunjung untuk mendapatkan bahan penerbitan seperti risalah, majalah dan juga poster.

Pengunjung booth PMR yang datang untuk mendapatkan bahan penerbitan JaPen iaitu risalah, majalah dan juga poster.

“Pusat Maklumat Rakyat adalah satu pusat yang ditubuhkan di Pejabat Penerangan Daerah untuk orang ramai mendapatkan maklumat dan info yang sahih dan tepat samada dari agensi kerajaan dan juga swasta,” katanya ketika ditemui di masjid tersebut, di sini semalam..

Beliau turut memaklumkan kepada orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat atau info terkini supaya datang ke Pusat Maklumat Rakyat yang terletak di Pejabat Penerangan Daerah Sik.

Edaran Jalur Gemilang dan makanan (Food Pack) kepada ahli jemaah Solat Jumaat.

Edaran Jalur Gemilang dan makanan (Food Pack) kepada ahli jemaah Solat Jumaat.

“Pejabat Penerangan Daerah Sik telah membuka tapak PMR di perkarangan masjid dan antara aktiviti yang diadakan adalah edaran bahan penerbitan, risalah dan juga poster serta edaran bungkusan makanan dan Jalur Gemilang kepada orang ramai yang hadir solat Jumaat,” katanya.

~RJ~

Tinggalkan komen anda