Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

PPV Kampung Dato Meriah Sambut Hari Malaysia

By 17 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Janifer Stanis (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 17 Sep (Malaysiaaktif) – Tepukan gemuruh dan ucapan terima kasih dilaungkan petugas dan juga penerima vaksin sebaik sahaja nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku berakhir sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2021di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kampung Dato, Tebobon.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri Inanam Datuk William Majimbun, berkata walaupun sambutan HKHM tidak semeriah dahulu tetapi semangat patriotisme harus tetap hidup dalam diri setiap rakyat Malaysia.

“Sambutan sederhana tetapi meriah pada hari ini membuktikan bahawa masyarakat amat merindui momen-momen indah sambutan HKHM yang sebelum ini disambut tidak kira pada peringkat kebangsaan, negeri, mahupun kampung.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.18 Inanam, Datuk William Majimbun.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.18 Inanam, Datuk William Majimbun.

“Justeru, suka saya mengingatkan kepada mereka yang belum mendapatkan suntikan vaksin agar segera mendapatkannya agar kita boleh mencapai sasaran komuniti kelompok dan secepatnya beralih kepada fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara,” ujarnya ketika merasmikan program di PPV tersebut, di sini semalam.

William turut merakamkan penghargaan di atas usaha Jabatan Penerangan Malaysia, Sabah dalam menyampaikan maklumat terkini kepada masyarakat setempat.

“Sekalung penghargaan kepada Jabatan Penerangan Malaysia, Sabah khususnya Pejabat Penerangan Daerah Kota Kinabalu yang telah memainkan peranan penting bukan sahaja dalam menyampaikan maklumat berkenaan COVID-19 dan dasar-dasar kerajaan malahan secara tidak langsung menyemai semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan masyarakat.

“Sebagai sokongan kepada usaha ini, saya bersama pemimpin-pemimpin masyarakat di sini memakai pakaian tradisional mengikut suku kaum masing-masing sebagai satu Keluarga Malaysia hari ini,” ujarnya.

Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu, Puan Hasmawati Karodda.

Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu, Puan Hasmawati Karodda.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu Hasmawati Karodda, berkata program berkenaan merupakan kesinambungan daripada Program Merdeka@Komuniti yang telah dilaksanakan di kampung Numbak pada 14 September lalu.

“Sepanjang Sambutan HKHM yang bermula pada awal bulan Ogos, Pejabat Penerangan Daerah Kota Kinabalu telah melaksanakan program hebahan merdeka pada setiap hari melalui unit bergerak.

“Kami juga turut mengedarkan bahan penerbitan dan Jalur Gemilang kepada orang ramai di Parlimen Kota Kinabalu dan Sepanggar yang melibatkan enam Dewan Undangan Negeri di bawah kedua-dua Parlimen tersebut.

“Program hebahan ini akan diteruskan lagi sebagai usaha untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan Pembudayaan Norma Baharu, prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, Kempen Imunisasi Kebangsaan Vaksin COVID-19 kepada orang ramai,” kongsinya.

-RI

Tinggalkan komen anda