
Laporan/foto: Nor Aziana Azreen Roslan/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)
IPOH, 17 Sep (Malaysiaaktif) – Program Cambah Minda Edisi Khas dengan tajuk diskusi ‘Evolusi Hari Malaysia’ bersempena dengan sambutan Hari Malaysia menggunakan platform hibrid secara penstriman langsung menerusi Facebook Penerangan Perak Page baru-baru ini.
Pengarah Komunikasi Strategik Negeri Perak, Ustaz Mohd Hafez Sabri berkata kemerdekaan menurut perspektif Islam adalah bebas dari penjajahan, tidak terkurung dan terlepas dari belenggu kezaliman menunjukkan perihal kemerdekaan yang sebenar tanpa belenggu sistem mahupun pemikiran gaya barat.
“Kemerdekaan yang hakiki adalah dapat melepaskan diri daripada segala tuntutan hawa nafsu, keduniaan dan perlu memusatkan diri kepada Allah kerana budaya Islam itu indah, walaupun modenisasi sedikit sebanyak menghakis budaya, adam resam serta kesopanan diri individu terutama golongan belia itu sendiri,” ujarnya.
Tambahnya, belia perlu ada rasa cinta sepenuhnya dalam membina kekuatan jati diri, bermula dengan memahami identiti negara dengan merujuk kepada Perlembangaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara kerana ianya adalah perkara asas dalam pembentukan belia bakal pemimpin negara.
Ahli Dewan Belia Negeri Perak, Nor Zuhaira berkata beliau perlu ada sifat nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab walaupun berlainan bangsa dan agama kita mampu mengamalkan pemikiran terbuka serta sikap tolenrasi tanpa rasis.
“Anak muda khususnya golongan belia harus bersatu dalam memahami selok belok sejarah, keindahan budaya Malaysia serta kecantikan bahasa melalui kepelbagaian kaum di Malaysia yang harmoni dan majmuk dalam Keluarga Malaysia,” ujarnya ketika menghadiri program tersebut secara langsung menerusi platform hibrid baru-baru ini.
Turut hadir, Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pegurusan Isu, Jabatan Penerangan Malaysia, Muhammad Aszahari Abdul Rahman dan Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan (ADUN) Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud dalam diskusi berkonsepkan tiga hala ini bari-baru ini.
~RJ~