Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedahMA

[KEMAS KINI] Program Jangkau Luar Vaksinasi COVID-19 Beri Manfaat kepada Warga Emas

By 24 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil (Sik)/Dr Shafiqa Mohamad Zainol Abidin

SIK, 23 Sep (Malaysiaaktif)Ā – Pejabat Kesihatan Daerah Sik terus mempergiatkan pelaksanaan Program Jangkau Luar Vaksinasi COVID-19 bagi memastikan penduduk di daerah ini tidak tercicir daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terutamanya warga emas.

Menurut Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Jeniang Dr Shafiqa Mohamad Zainol Abidin, Program Jangkau Luar ini dijalankan oleh Klinik Kesihatan Jeniang (KKJ) menerusi lawatan dari rumah ke rumah.

“Program ini telah bermula sejak awal September lalu dan bagi pihak KKJ,Ā ini merupakanĀ Program Jangkau LuarĀ yang pertama serta kami menyasarkan kawasan Bandar Beris Jaya.

“Sebagai permulaan, seramai enam orang terdiri daripada warga emas telah menerima suntikan vaksin COVID-19 baru-baru ini di kediaman masing-masing dan salah seorangnya adalah Sari Saman, berusia 102 tahun yang merupakan penerima vaksin tertua di daerah ini,” ujarnya ketika dihubungi di KKJ, di sini semalam.

Dr Shafiqa (kanan) bersama Sari Saman, 102, penerima vaksin tertua di daerah Sik.

Dr Shafiqa (kanan) bersama Sari Saman (tengah), penerima vaksin tertua di daerah Sik.

Tambahnya, di samping membantu mewujudkan imuniti kelompok, pendekatan itu lebih berkesan kerana kebanyakan mereka termasuk warga emas tidak mempunyai pengangkutan, selain berdepan masalah kesihatan untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“KKJ mensasarkan lebih kurang 40 buah rumah menerima vaksinasi menerusi Program Jangkau Luar danĀ akan mempercepatkan vaksinasi dengan mempergiatkan program seperti ini terutamanya di kawasan kampung, bergantung kepada bekalan vaksin,” jelasnya lagi.

Petugas kesihatan melakukan persediaan sebelum menjalankan suntikan vaksin.

Petugas kesihatan melakukan persediaan sebelum menjalankan suntikan vaksin.

Program Jangkau Luar membantuĀ sertaĀ  memastikan warga emas, pesakit yang terlantar di rumah, dan orang kurang upaya (OKU) yang mempunyai kekangan dariĀ kemampuan fizikal dan mental untuk hadir ke PPV,Ā berpeluang menerimaĀ suntikan vaksin COVID-19Ā di kediaman mereka.

~RJ~

Tinggalkan komen anda