
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/JBPM Selangor
KUNDANG, 14 Sep (Malaysiaaktif) – Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun maut sementara adik lelakinya yang berusia tiga tahun cedera dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Baru Kundang, di sini hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata “Ketika kejadian ibu bapa mereka tiada di rumah kerana keluar bekerja.
“kebakaran tersebut dilaporkan berlaku pada jam 11.10 pagi melibatkan bangunan kelas A berkeluasan 41.8 meter persegi dan terbakar 90 peratus.
“Ketika pasukan bomba tiba di lokasi kejadian api dalam keadaan marak namun mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam.
“Seorang kanak-kanak lelaki yang cedera telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh oleh orang awam manakala remaja perempuan melecur dan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, operasi menyelamat melibatkan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sungai Buloh serta Batu Arang dan punca kejadian masih dalam siasatan.
-RI