Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

RM593 Juta Dibelanja bagi Perolehan Darurat Peralatan Hospital Rawat COVID

By 22 September 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 22 Sep (Malaysiaaktif) – Sebanyak RM593 juta telah dibelanjakan bagi perolehan darurat peralatan tambahan hospital yang diperlukan bagi merawat kes COVID-19 sejak dua tahun lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perolehan yang dibuat pada 2020 dan tahun ini (2021) telah diagihkan mengikut keperluan ke semua fasiliti kesihatan di seluruh negara.

“Ia termasuk peralatan seperti katil pesakit biasa, katil pesakit Unit Rawatan Rapi (ICU), ventilator, ultrabunyi, body freezer, kontena mayat, silinder oksigen dan lain-lain lagi.

“Ini tidak termasuk sumbangan peralatan yang diterima dari dalam dan luar negara yang bernilai RM148 juta,” katanya menjawab soalan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PH-Kapar) yang meminta Khairy menyatakan status kebolehupayaan alatan hospital kerajaan yang digunakan untuk merawat pesakit COVID-19.

Khairy berkata selain menambah peralatan hospital, Kementerian Kesihatan (KKM) juga menubuhkan ‘National Rapid Response Task Force’ supaya petugas kesihatan boleh dimobilisasi ke negeri-negeri yang mempunyai jangkitan kes tinggi ketika ini seperti Pulau Pinang, Kedah dan Sabah.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda