Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Rumah Jadi Galeri Merdeka

By 1 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Malini Md Yunos/Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Kibaran Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-64 tahun ini perlu terus dihidupkan dengan memupuk semangat cintakan negara dan patriotisme yang tinggi meskipun negara sedang berdepan pandemik COVID-19.

Menurut Khalid Raof, 65, semangat patriotisme setiap individu adalah berbeza dalam menzahirkan rasa cinta kepada negara, maka beliau bersama-sama ahli keluarganya bertekad membina sebuah galeri merdeka di hadapan rumah dengan hiasan Jalur Gemilang, bendera negeri beserta maklumat ringkas tentang sejarah negara.

“Bersyukur dan terima kasih kepada Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sedia Raja yang memilih saya sebagai pemenang utama pertandingan keceriaan rumah tercantik kempen kibar Jalur Gemilang tahun ini kerana walaupun negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19 namun sebagai rakyat Malaysia kita patut meraikan hari kemerdekaan negara walaupun dalam suasana serba sederhana.

“Menjadikan kawasan hadapan rumah seperti galeri merdeka membuatkan saya puas dan bersemangat setiap kali tiba Bulan Kemerdekaan kerana sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersama-sama mempertahankan keharmonian dan perpaduan yang kita kecapi sekarang dan generasi muda seperti anak-anak saya dipupuk mindanya supaya mesti meraikan Hari Kemerdekaan dengan pelbagai idea kreatif dalam menzahirkan rasa sayang kepada negara,” katanya yang ditemui di kediamannya, di sini hari ini.

Ketua IOW Merdeka menyampaikan cenderahati kepada Raof.

Ketua IOW Merdeka menyampaikan cenderahati kepada Raof.

Menurut Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Rembau Ashraf Lee Abdullah, sebagai warganegara bukan sahaja perlu menghidupkan dan menyuburkan semangat kecintaan kepada negara tetapi kekal hidup rukun dan harmoni bersama-sama kerana ia lambang perpaduan yang kukuh rakyat Malaysia.

-FF

Tinggalkan komen anda