Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Sepakat@Komuniti Bantu Golongan Terkesan COVID-19

By 15 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Malini Md Yunos/Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Rembau, bersama Pejabat Perikanan Daerah Rembau serta Yayasan Kebajikan Muslim MyFundAction menyantuni golongan terkesan pendapatan ketika pandemik COVID-19 melanda negara.

Seramai 38 orang ahli MyKomunitiPerikanan (MYKP) yang merupakkan nelayan sambilan di Kg. Sungai Timun, Kota telah mendapat manfaat dari program yang diadakan, baru- baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kota Dr. Awaludin Said, berkata sempena menyemarakkan sambutan Hari Malaysia kita membantu mereka yang terkesan akibat COVID-19 terutama nelayan sambilan yang menjadikan Sungai Timun sebagai sumber pendapatan yang merupakan tarikan utama pemancing udang galah dan ikan dari luar namun disebabkan sekatan rentas negeri dan kawalan pergerakan maka punca pendapatan golongan ini sedikit sebanyak terjejas.

“Ia sesuatu yang sangat bermakna kerana kita dapat bertemu dan bertanya khabar kepada para nelayan dan masyarakat di Kampung Sungai Timun ini diharapkan para nelayan serta orang ramai sentiasa menjaga diri lindungi keluarga dari terkena jangkitan COVID-19.

“Ambil suntikan vaksin untuk lindung diri dan ibu bapa benarkan anak-anak mereka yang bersekolah untuk menerima suntikan vaksin sebagai salah satu pelindung mereka dari dijangkiti COVID-19,” katanya yang ditemui sempena program Sepakat@Komuniti di kampung tersebut, di sini baru-baru ini.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada MyFundAction yang membawa kotak rezeki ummat serta kepada Pejabat Penerangan dan Pejabat Perikanan yang melaksanakan program menyantuni golongan nelayan.

“Bersama-samalah kita berdoa agar Malaysia bebas daripada wabak COVID-19 yang melanda negara ini dan seluruh dunia,” ujarnya lagi.

Beliau turut mengajak semua yang hadir untuk sama-sama menghayati nikmat keamanan dan menghargai petugas barisan hadapan negara dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Turut diadakan penyampaikan baucer minyak petrol secara pandu lalu,penyerahan beg makanan kering dan bakul MAFI Prihatin selain menyerahkan 15 buah Kotak Rezeki Ummat kepada 15 orang penduduk terpilih menerimanya.

Penerima baucer minyak secara pandu lalu.

Penerima baucer minyak secara pandu lalu.

Hadir sama, Pengarah Penerangan Negeri Sembilan Shahnon Mohamad dan Ketua Daerah Perikanan Rembau/Tampin Md Johari A. Latif.

-FF

Tinggalkan komen anda