Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sepakat@Komuniti Semarakkan Cinta Tanah Air, Perkukuhkan Ukhuwah

By 5 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hirsham Azmi (Pontian)

AYER BALOI, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan (JaPen) menerusi JaPen Daerah menganjurkan Sepakat@Komuniti yang berkonsepkan aktiviti gotong-royong melibatkan penduduk di Kampung Parit Puteri Menangis bagi menggelorakan sambutan Hari Kebangsaan.

Ketua Kampung Parit Puteri Menangis Mohd Faizal Mohd Rubaai, berkata program seumpama ini merupakan satu inisiatif dan medium terbaik bagi menyemarakkan lagi semangat kecintaan kepada tanah air selain dapat memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan penduduk di kampung ini.

Datuk Hasni Mohamad menyempurnakan simbolik program dengan menanam Pokok Bucida di Perkarangan Dewan Parit Puteri Menangis bersama-sama Pegawai Daerah Pontian (kanan).

Hasni (dua dari kanan) menyempurnakan simbolik program dengan menanam pokok Bucida di perkarangan Dewan Parit Puteri Menangis bersama-sama Pegawai Daerah Pontian (kanan).

“Program pada hari ini diadakan secara sederhana dalam suasana norma baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Dengan penganjuran program ini kita bukan sahaja dapat menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan malah mengeratkan lagi hubungan sesama insan,” katanya ketika ditemui pada program Sepakat@Komuniti Daerah Pontian di kampung tersebut, di sini hari ini.

Beliau turut berterima kasih kepada JaPen Malaysia khususnya Pejabat Penerangan Daerah Pontian kerana memilih kampung ini sebagai lokasi penganjuran program.

Program tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Hasni Mohamad sempena lawatan kerja beliau ke Daerah Pontian.

Sebagai tanda simbolik perasmian, Menteri Besar dan Pegawai Daerah Pontian Mohamad Rafi Abdullah telah menanam pokok Bucida dan memasang Jalur Gemilang pada motosikal para penduduk Kampung Parit Puteri Menangis.

-NI-

Tinggalkan komen anda