Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

‘Setia’ Bergema di PPV Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat

By 1 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Tanggamal Balasundram/Mohd Hafiz Awang (Kuala Langat)

KUALA LANGAT, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Petugas-petugas Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat turut sama meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan dengan penuh bersemangat.

Pengarah Penerangan Negeri Selangor Ali Suhaili, berkata laungan bersama lagu ‘Setia’ atas pemintaan petugas-petugas mengingatkan akan pahlawan-pahlawan yang telah gugur dalam peperangan demi negara dari zaman sebelum merdeka sehingga hari ini.

“Terutamanya jasa dan pengorbanan petugas hadapan yang telah gugur dalam memerangi penularan COVID-19 disemat dalam hati dan sanubari semasa melaungkan lagu ‘Setia’.

Petugas Barisan Hadapan Mengibarkan Jalur Gemilang di PPV Kompleks Sukan.

Petugas Barisan Hadapan Mengibarkan Jalur Gemilang di PPV Kompleks Sukan.

“Dalam perjuangan demi agama, negara dan bangsa, selagi diberi sinar untuk kemenangan, tiada istilah penat atau putus asa yang digambarkan oleh nyanyian bersama,” katanya yang ditemui sempena program di PPV tersebut, di sini semalam.

Menurut Ali, sambutan Hari Kebangsaan bagi Daerah Kuala Langat ini dipenuhi dengan pelbagai program dan PPV Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat ini dipilih bagi sesi Pejabat Penerangan Daerah Kuala Langat bersama para petugas PPV dan penerima vaksin.

“Program Merdeka@Komuniti Daerah Kuala Langat anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kuala Langat bertujuan untuk menyemarakkan semangat cinta negara dan memupuk patriotisme dalam kalangan komuniti bersasar,” katanya.

Antara petugas barisan hadapan yang menerima cendrahati dari Pengarah Penerangan.

Antara petugas barisan hadapan yang menerima cendrahati dari Pengarah Penerangan.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Kuala Langat Safariza Bujang, berkata beliau agak terharu dengan sambutan yang ditunjukkan para petugas PPV yang begitu bersemangat meraikan sambutan Hari Kebangsaan dalam norma baharu.

“Program ini memang khusus untuk meraikan para petugas yang bertungkus lumus memastikan proses vaksinasi di PPV berjalan lancar.

“Riak wajah menunjukkan mereka seronok dan rasa dihargai oleh masyarakat walaupun bertugas tanpa mengira waktu.

“Insya-Allah program seumpama ini akan diteruskan lagi,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda