Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

[KEMAS KINI] Solat Jumaat dan Solat Fardu Dibenarkan

By 25 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)

SEREMBAN, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Semua masjid dan surau Jumaat di Negeri Sembilan telah dibenarkan melaksanakan solat Jumaat dan solat fardu mengikut kapasiti bermula 22 September 2021 yang lalu setelah mendapat pekenan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Menurut salah seorang jemaah yang hadir solat Jumaat semalam di Masjid Negeri Seremban Shamsul Bahari Mahmud, 32, beliau menzahirkan rasa kesyukuran dengan kebenaran untuk berjemaah di masjid dan surau ini selepas beberapa bulan tidak dapat menjejakkan kaki ke masjid berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi menangani penularan COVID-19.

“Rata-rata jemaah meluahkan rasa syukur kerana dapat menunaikan solat jumaat dan mereka yang hadir dilihat mengamalkan disiplin kendiri serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Antara SOP yang mesti dipatuhi setiap jemaah adalah telah melepasi tempoh 14 hari setelah menerima dua dos suntikan vaksin, berwuduk dari rumah, membawa sejadah masing-masing, mengamalkan jarak sosial serta memakai pelitup separuh muka semasa hadir ke masjid.

Orang ramai yang hadir mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Orang ramai yang hadir mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Hari ini saya amat bersyukur dan gembira kerana dapat menunaikan solat jumaat dengan jemaah yang lain dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan masjid,” ujarnya ketika ditemui di masjid tersebut, di sini semalam.

Sementara itu, seorang lagi jemaah Muhammad Firdaus, 28, berkata beliau berharap orang ramai dapat mengambil peluang ini untuk hadir ke masjid dan surau pada setiap waktu solat fardu kerana inilah nikmat yang sebenar bagi umat Islam.

“Selain untuk menunaikan solat, kerajaan juga telah membenarkan kuliah dan ceramah diadakan semula di surau dan masjid dengan tempoh tidak melebihi satu jam, jadi inilah peluang untuk kita hadir menimba ilmu dan menjalankan tanggungjawab kita sebagai orang Islam.

“Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah memberi kebenaran untuk menunaikan solat berjemaah dan mendoakan kesejahteraan negara dalam memerangi COVID-19,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda