Skip to main content
Berita SelatanMelaka

Suami Isteri Berjiwa Patriotik

By 1 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sharifah Ithnin/Muhammad Hafizul Adzahari (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Jiwa patriotik yang membara menjadi pemangkin semangat kepada pasangan suami isteri muda Razzilawati Rahmat, 28, dan suaminya Ashari Mohd. Param, 28, untuk menghias kediaman mereka sempena sambutan Hari Kebangsaan ini.

Menurut Razzilawati, hiasan tahun ini lebih meriah berbanding tahun yang sebelumnya kerana adanya bantuan daripada suami tersayang.

“Biarpun masih berdepan dengan pandemik COVID-19, ini merupakan tahun keempat kami menghias kediaman bagi sama-sama menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan ke-64 tahun ini.

Razzilawati dan suami di hadapan rumah mereka.

Razzilawati dan suami di hadapan rumah mereka.

“Memandangkan masih dalam tempoh PKP, masa yang terluang digunakan untuk menghias rumah, semangat cintakan negara mendorong kami untuk terus mengibarkan Jalur Gemilang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Pisang Mas Jaya, di sini semalam.

Menurut Razzilawati, ratusan Jalur Gemilang digunakan dan kebanyakan hiasan-hiasan dihasilkan daripada barangan terpakai dan kitar semula.

“Kami menggunakan barangan terbuang seperti kotak, penyedut minuman dan cawan kertas untuk menghasilkan replika Menara Berkembar Petronas, kereta dan keris,” ujarnya.

Razzilawati yang bertugas sebagai pendidik di Pusat Anak Genius Negara Gadek bersama suaminya yang bekerja di salah sebuah kilang perabot di Bangi memanfaatkan masa yang terluang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini untuk mendekorasi kediaman mereka.

-FF

Tinggalkan komen anda