
Laporan/foto: Muhammad Ikhmal Rauff Ghazali (WPKL)
KUALA LUMPUR, 19 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 20 orang penduduk di kawasan Perumahan Rakyat (PPR) Sg. Bonus, di siniĀ menerima sumbangan bakul makanan bagi meringankan beban mereka yang terjejas pendapatan sepanjang pandemik melanda.
PengerusiĀ Persatuan Kebajikan Jalinan Kasih SetiawangsaĀ Muhamad Asbullah Maulana, berkata penyaluran sumbangan bantuan makananĀ ini secara tidak langsung meringankan beban penduduk yang terkesan.
“Persatuan bekerjasama dengan Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JaPen WPKLP) menganjurkan programĀ bagi menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
“Sumbangan bakul makanan yang disampaikan kepada golongan terkesan akibat COVID-19 dalam program ini sangatlah diperlukan dalam keadaan sekarang memandangkan ramai dalam kalangan penduduk setempat menghadapi kesulitan hidup.
āAda antaranya yang hilang punca pendapatan akibat hilang pekerjaan dan ada yang tidak berupaya untuk bekerja,ā ujarnya ketika menyampaikan sumbangan pada Program Sepakat@Komuniti di dewan PPRĀ tersebut, di sini hari ini.

Muhamad Asbullah (kiri) menyampaikan cenderamata daripada Persatuan Kebajikan Jalinan Kasih Setiawangsa kepada Maria (dua dari kanan).
Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, JaPen WPKLP Maria Che Mat Nawi@Muhammad Nawi.
Turut hadir Pegawai Penerangan Setiawangsa/Titiwangsa/Wangsa Maju, Norizah Jadid.
-ZS-