
Laporan/foto: Fasharina Kholil/Zakaria Ghani (Sik)
SIK, 28 Sep (Malaysiaaktif) –Ā Seramai 26 orang terdiri daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dari kampung-kampung berisiko menghadapi bencana banjir sekitar daerah sini hadir mendengar taklimat berkaitan Peranan JPKK Dalam Pengurusan Bencana oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Lt.(PA) Haisul Aishah Mohd Napiah, berkata taklimat ini bertujuanĀ meningkatkan tahap kecekapan serta kesiapsiagaan merekaĀ bagi menghadapi musim tengkujuh dan bencana banjir di samping penglibatan daripada pemimpin tempatanĀ untuk membantuĀ kelancaranĀ operasi membantuĀ danĀ menguruskan mangsa bencana khususnya banjir dengan lebih sistematik.
“APM Sik selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sik berharap segala perkongsian dariĀ taklimat ini dapat diterjemahkan di lapangan, seterusnya memastikan keselamatan rakyat Sik terutama yang tinggal di kawasan berisiko banjir dapat dipertingkatkan.
“Fokus utama taklimat ini adalah untuk memperkasakan peranan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di daerah ini bagi menghadapi bencana banjir sepanjang Monsun Timur laut yang telah bermula pada pertengahan September 2021 dan dijangka akan berakhir pada Mac 2022,” katanya yang ditemui sempena taklimat tersebutĀ di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Sik, di sini semalam.

APM sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang risiko bencana termasuklah hujan lebat serta banjir.
Menurut Haisul, amat penting untuk mengetahui langkah serta prosedur yang perlu diambil sekiranya benar-benar menghadapi banjir mahupun bencana alam lain.
“Apabila sudah ada pendedahan dan pengetahuanĀ maka lebih mudah untuk merekaĀ memahami peranan serta tindakan masing-masing sekiranya berlakunya banjir Ā selainĀ memudahkan urusan pihak berkuasa mengenal pasti jumlah sebenar mangsa yang terlibat.
“Bagi penduduk yang tinggal di kawasan terdedah banjir juga disarankan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga seperti meletakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bekas kalis air,” ujarnya.
~RJ~