Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Tanah Runtuh Belakang Rumah, 28 Keluarga Dipindahkan

By 18 September 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/JBPM Selangor

SHAH ALAM, 18 Sep (Malaysiaaktif) – Sebanyak 28 keluarga dipindahkan susulan berlaku kejadian tanah runtuh yang menjejaskan bahagian belakang 19 buah rumah teres dua tingkat di Kemensah Heights, Hulu Kelang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 9.33 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang bersama jentera tiba di lokasi pukul 9.44 malam dan mendapati berlaku tanah runtuh di bahagian belakang 19 buah rumah.

“Kejadian disebabkan berlaku hujan dan struktur tanah yang lembut namun tiada mangsa yang tercedera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak bomba telah bertindak mengeluarkan mangsa dari kawasan rumah untuk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

-RI

Tinggalkan komen anda