Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Unit Bergerak JaPen Daerah Klang Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan

By 1 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Rosliza Ibrahim/G. Akammah (Klang)

KLANG, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Masyarakat di sekitar daerah Klang menyambut baik kehadiran Unit Bergerak Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) di lokasi mereka dengan bersorak serta melambai ke arah kenderaan tersebut sambil menunjukkan isyarat bagus.

Pengerusi Apartment Andorra, Mokhtar Yahaya, 48, berkata program seumpama ini amat dialu-alukan dilaksanakan kerana masyarakat di sini sangat aktif melaksanakan program kemerdekaan.

“Kelmarin, program konvoi motorsikal dan kereta mengelilingi kawasan mereka telah dilaksanakan dengan Unit Bergerak Jabatan Penerangan Daerah Klang.

Majlis Simbolik Serahan Jalur Gemilang Pegawai Penerangan Daerah Klang kepada Pengerusi Penduduk Apartment Andorra.

Majlis Simbolik Serahan Jalur Gemilang Pegawai Penerangan Daerah Klang kepada Pengerusi Penduduk Apartment Andorra.

“Memandangkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, penduduk kekal berada di rumah namun hanya keluar menjenguk di tingkap dan pintu masing-masing dengan mengibarkan Jalur Gemilang,” katanya ketika ditemui sempena program di kawasan perumahan tersebut, di sini semalam.

Menurut Mokhtar, program dilaksanakan dengan tempoh masa yang singkat dan di kawasan terbuka bagi mengelakkan sentuhan fizikal.

Sementara itu, pada sesi petang, Unit Bergerak JaPen Daerah Klang telah ke lokasi di Taman Kembara 22F di kawasan Rantau Panjang dengan kerjasama persatuan penduduk taman perumahan berkenaan.

Penduduk berada di hadapan rumah masing-masing menyambut kenderaan konvoi.

Penduduk berada di hadapan rumah masing-masing menyambut kenderaan konvoi.

Pengerusi Penduduk Taman Kembara 22F, Khairul Anuar Amin, 45, berkata beliau amat menghargai kehadiran Pegawai Penerangan Daerah Klang dan anggota kerja Jabatan Penerangan Daerah Klang ke kawasan perumahan ini dalam usaha menyambut Hari Kebangsaan secara norma baharu.

“Program ini dilaksanakan secara norma baharu malah barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) terlibat adalah mereka yang telah lengkap dua dos vaksin.

“Diharapkan program ini akan diteruskan lagi di masa akan datang,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda