Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Warga SKSBH Sambut Hari Kebangsaan Secara Maya

By 3 September 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nasrul Abdul Hamid (Rembau)

REMBAU, 3 Sep (Malaysiaaktif) – Warga Sekolah Kebangsaan Seberang Batu Hampar (SKSBH) mengambil inisiatif menyambut Hari Kebangsaan secara maya berkonsepkan sambutan kemerdekaan secara dalam talian bersama guru dan pelajarnya disebabkan aktiviti bersemuka tidak boleh diadakan atas arahan prosedur operasi standard (SOP) daripada Majlis Keselamatan Negara.

Menurut Guru Besar SKSBH Normaliza Zainal, beliau sangat terharu dengan komitmen semua pihak dalam menjayakan majlis sambutan hari kemerdekaan tahun ini.

“Walaupun sambutan diadakan secara maya, kehadiran pelajar-pelajar beserta ibu bapa yang turut serta mengikuti majlis sambutan hari kebangsaan peringkat sekolah ini tetap berjalan dengan jayanya dan mendapat sambutan menggalakkan.

Kehadiran bagi menyertai Majlis Sambutan Hari Kebangsaan.

Kehadiran bagi menyertai Majlis Sambutan Hari Kebangsaan.

“Ucapan tahniah kepada semua warga SKSBH yang bertungkus-lumus bagi merealisasikan majlis sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

“Dengan arahan dan ketetapan SOP daripada pihak kerajaan, sambutan majlis ini tetap boleh dijayakan walaupun secara atas talian” ujarnya ketika dihubungi, semalam.

-FF

Tinggalkan komen anda