Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

8,817 Kes Baharu

By 6 Oktober 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 6 Okt (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 dalam negara meningkat sedikit dengan 8,817 kes direkodkan setakat semalam, berbanding 8,075 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman sosialnya berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes kini 2,294,457.

Beliau berkata Sarawak kekal sebagai negeri tertinggi dengan sebanyak 1,361 kes diikuti Selangor (1,348), Kelantan (1,063), Johor (886), Sabah (805), Pahang (696), Pulau Pinang (595) dan Kedah (576).

“Perak pula mencatatkan 473 kes diikuti Terengganu (356), Melaka (246), Kuala Lumpur (217), Negeri Sembilan (122), Perlis (47), Putrajaya (23) dan tiga kes di Labuan,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata penggunaan katil COVID-19 setakat 5 petang kelmarin ialah 56 peratus bagi katil unit rawatan rapi (ICU) dan 51 peratus katil bukan ICU.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda