
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 dalam negara mencatatkan sedikit penurunan apabila 9,751 kes direkodkan semalam, berbanding 9,890 kes kelmarin.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman sosialnya berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes kini 2,323,478.
Selangor kembali menjadi penyumbang kes harian tertinggi dengan merekodkan 1,796 kes diikuti Sarawak (1,339), Kelantan (1,052), Johor (864), Sabah (705), Terengganu (650), Perak (643), Pulau Pinang (632) dan Kedah (578).
Pahang pula mencatatkan 551 kes, Kuala Lumpur (313), Melaka (244), Negeri Sembilan (243), Perlis (94), Putrajaya (45) manakala Labuan dua kes.
— BERNAMA