Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

9,890 Kes Baharu, Kumulatif Kes 2,313,727

By 8 Oktober 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 8 Okt (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 dalam negara meningkat sedikit dengan 9,890 kes direkodkan setakat semalam, berbanding 9,380 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman sosialnya berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes kini 2,313,727.

Beliau berkata Sarawak kekal sebagai negeri tertinggi dengan sebanyak 1,413 kes diikuti Selangor (1,402), Kelantan (1,032), Johor (993), Sabah (820), Perak (794), Pulau Pinang (721) dan Terengganu (699).

Pahang pula mencatatkan 564 kes, Kedah (503), Melaka (260), Kuala Lumpur (250), Perlis (200), Negeri Sembilan (180), Putrajaya (59) manakala tiada kes di Labuan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata penggunaan katil COVID-19 setakat 5 petang kelmarin ialah 55 peratus bagi katil unit rawatan rapi (ICU) dan 50 peratus katil bukan ICU.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda