Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah Terima Anugerah Khas Imej IoW

By 3 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salina Hasan@Abd Rashid/Nur Fariza Farnoh (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 3 Okt (Malaysiaaktif) – Anugerah Khas Imej IoW merupakan anugerah khas untuk mengiktiraf usaha-usaha pasukan unit hebahan Info on Wheel (IoW) daerah dalam menjenamakan program ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Melaka Mohd Rizal Hashim, sudah semestinya program menjenamakan program IoW JaPen Melaka menjadi keutamaan.

“Antara kriteria yang diambil kira adalah pengiktirafan yang diterima secara langsung atau tidak langsung oleh pemegang taruh mahupun rakyat di negeri ini.

Anugerah Penulisan MA Terbaik.

Anugerah Penulisan MA Terbaik turut dimenangi pejabat penerangan tersebut.

“Kita telah membuat beberapa usaha penjenamaan sejak mula IoW diperkenalkan iaitu pada tahun 2019, seperti logo, sticker whatsapp, hebahan di papan LED dan sebagainya.

“Usaha-usaha ini adalah untuk menjadikan IoW JaPen Melaka sebagai salah satu platform penyaluran rasmi kerajaan di negeri Melaka yang efisyen dan interaktif,” ujar beliau ketika ditemui media di Menara Persekutuan Hang Tuah Jaya, di sini kelmarin.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah JaPen Melaka Nurhasnani Abd Wahab, berkata bahawa Anugerah khas ini diberi atas kesungguhan pasukan IoW Alor Gajah melaksanakan tugasan hebahan secara berterusan di lapangan hingga mendapat perhatian dan penghargaan khusus daripada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tanjung Bidara Datuk Md Rawi Mahmud dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini sekali gus memperkenalkan IoW kepada rakyat Melaka.

“Selain Anugerah Khas Imej IoW, Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah turut memenangi Anugerah Penulisan Malaysiaaktif Terbaik, Anugerah Pegawai Versatil, Juru Audio Visual Terbaik serta penghargaan IoW Kreatif sempena Hari Inovasi JaPen Melaka,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda