Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

[KEMAS KINI] Belia Mantapkan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Melaka Tengah 2021

By 11 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

AYER KEROH, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Konsep ke arah negara bersukan menjadi landasan utama kepada penganjuran Program Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Melaka Tengah kali ini.

Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya Shadan Othman, berkata selari dengan tema dan konsep yang diketengahkan oleh penganjur adalah menampilkan semangat perpaduan serta kesukanan namun ianya mampu menzahirkan diri individu kearah aktiviti yang lebih sihat.

“Tahniah dan syabas kepada program yang diadakan secara maya dan bersemuka bagi melahirkan golongan belia mahupun kumpulan sasar terutamanya dalam tempoh pandemik ini dimana segala aspek diutamakan.

Shadan Othman ketika merasmikan Program Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Melaka Tengah 2021.

Shadan Othman ketika merasmikan Program Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Melaka Tengah 2021.

“Dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 ini, kaedah pelaksanaan majlis mahupun program harus dilaksanakan dalam skala sederhana namun objektif kepada penganjuran itu harus diambil sebagai perkara utama,” ujarnya ketika merasmikan program tersebut, kelmarin.

Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka Muhammad Abdul Hafiz Mohd Amin, berkata pelaksanaan program diperingkat negeri terutama daerah Melaka Tengah sentiasa diperincikan walaupun perancangan awal program ini telah diduga dengan permasalahan setempat.

“Pihak penganjur mengambil maklum dengan segala yang berlaku dalam isu semasa ketika ini namun mengambil langkah selamat dalam merancang disaat akhir bagi menjanjikan segala yang dirancang mampu dilaksanakan sehabis baik.

“Terima kasih kepada semua agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat secara terus terutama media cetak dan media elektronik dalam bersama menjayakan program ini,” ujar beliau.

-FF

Tinggalkan komen anda