
Laporan/foto: Muhammad Izzat Abd Rahman (Wangsa Maju)
WANGSA MAJU, 2 Okt (Malaysiaaktif) – Kelab Belia Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia bekerjasama dengan Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JaPen WPKLP) menyantuni penduduk setempat menerusi penganjuran Program Sepakat@Komuniti di Surau As Sakinah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, di sini hari ini.
Biro Masyarakat Kelab Belia PPR Gombak Setia Shahril Radzaly, berkata program tersebut secara tidak langsung dapat memperkasakan peranan golongan belia dalam komuniti khususnya dalam usaha membantu mereka yang kurang bernasib baik.
“Sumbangan bakul makanan kering yang disampaikan kepada golongan terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 di program ini sangat dialu-alukan memandangkan ada dalam kalangan penduduk setempat menghadapi kesulitan hidup dan memerlukan bantuan bagi mereka mendapatkan barangan keperluan asas,” katanya ketika ditemui sempena program tersebut.
Sebanyak 20 sumbangan bakul makanan telah disampaikan kepada penduduk setempat yang terkesan akibat pendemik COVID-19.

(Dari kiri) Norizah Jadid, Muhammad Zulhilmi Mohd Jalil, Shahril Radzaly dan Haziqzulzikry yang hadir pada Program Sepakat@Komuniti Parlimen Wangsa Maju.
Penyerahan sumbangan bakul makanan disempurnakan Penolong Pengarah Cawangan Gerak Saraf dan Pengurusan Isu JaPen WPKLP, Muhammad Zulhilmi Mohd Jalil.
Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Titiwangsa/Wangsa Maju/Setiawangsa, Norizah Jadid dan Iman Surau As Sakinah, PPR Gombak Setia Haziqzulzikry Syarifudin.
-ZS-