Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Cabaran PdPR Menerusi Alam Maya

By 14 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Fikri Johari (Larut Matang dan Selama)/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)

IPOH, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Cabaran proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) antara guru dengan pelajar pada musim pandemik COVID-19 ini memberi cabaran yang baru di era milenium ini.

Guru Sekolah Raja Perempuan Taayah Ipoh, Fazira Abdul Wahab, berkata proses PdPR ini adalah satu cabaran yang besar dan baru bagi semua pendidik di negara ini kerana perlu mengajar secara atas talian berikutan pelajar masih tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah bagi proses pembelajaran secara bersemuka.

“Cabaran yang sering dihadapi ketika mengajar secara atas talian ini adalah masalah peranti dan jaringan internet yang mana sering dihadapi oleh para pelajar yang kebanyakannya tinggal diluar atau pinggir bandar dan tidak kurang juga ada yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan,” katanya.

Jelasnya, ada sesetengah pelajar terpaksa berkongsi peranti yang sama dengan adik beradik lain dimana mereka juga terpaksa mengikuti kelas secara PdPR dan jadual kelas yang bertindih juga antara satu sebab mengapa kehadiran dalam kelas tidak memuaskan.

Sesi temu bual secara atas talian bersama guru dan pelajar dari Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh Perak.

Sesi temu bual secara atas talian bersama guru dan pelajar dari Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh Perak.

“Pelbagai usaha telah dilakukan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan ini supaya mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pembelajaran.

“Pihak sekolah juga menyediakan saguhati kepada para pelajar yang memberi komitmen penuh sepanjang proses PdPR ini berjalan dan inisiatif ini disediakan bagi membakar semangat mereka supaya terus belajar walaupun terpaksa bergelut dengan masalah situasi jaringan internet yang kurang memuaskan serta ketiadaan peranti yang mampu digunakan bagi sesi PdPR ini,” katanya ketika ditemu ramah secara atas talian secara siaran langsung di Facebook Penerangan Perak Page.

Pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah Ipoh, Zalia Raimi Mohamad Rahimi, berkata, bagi memastikan kehadiran yang penuh di setiap kelas, dia akan mengingatkan semua rakan sekelas supaya tidak ketinggalan dalam menghadiri semua subjek menerusi pembelajaran secara atas talian yang dikendalikan oleh para guru.

“Saya berharap proses PdPR ini segera berakhir supaya rakan-rakan yang mengalami kekangan masalah seperti ketiadaan peranti dan masalah jaringan internet dapat belajar secara bersemuka seperti biasa dan tiada satu pun rakan sekelas akan ketinggalan dalam sesi pembelajaran yang disampaikan oleh guru-guru di sekolah,” ujarnya lagi.

~RJ~

Tinggalkan komen anda