
Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah/Muhd Alif Abd. Hamid (Daerah Barat Daya)
BALIK PULAU,11 Okt (Malaysiaktif)– Kabin Bendang di tengah sawah Kampung Terang buat lokasi pilihan penduduk melakukan aktiviti riadah seperti berjoging dan berbasikal di hujung minggu menjadi meriah menerusi program hebahan Jabatan Penerangan (JaPen) semalam.
Pegawai Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya Marshita Othman, berkata JaPen tidak ketinggalan turut serta merasai keseronokan beriadah di sawah bendang, menghirup udara segar kedinginan pagi yang mendamaikan.
“Destinasi ini menjadi pilihan buat pelancong untuk menikmati pemandangan yang indah dan mengamit seribu ketenangan.
“Program hebahan kali ini adalah Sempena Hari Sukan 2021 Negara (HSN2021) bertujuan menyemarakkan dan mewujudkan kesedaran masyarakat sentiasa bersukan dan membudayakannya,” katanya ketika ditemui sempena program di kampung tersebut, di sini.
Menurut Marshita Othman, pandemik COVID-19 bukan penghalang untuk rakyat Malaysia kekal cergas dan sihat.
“Kita perlu mengamalkan gaya hidup aktif tanpa mengetepikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Program hebahan kali ini mendapat kerjasama dari Pejabat Daerah Barat Daya dan Pejabat Belia bersempena Hari Sukan 2021 Negara (HSN2021).
“Selain itu, dengan bersukan juga kita dapat menjalinkan hubungan serta memupuk semangat perpaduan erat di kalangan rakyat pelbagai kaum,” ujarnya lagi.
Marshita turut mengingatkan orang ramai,meskipun telah lengkap divaksin serta diberikan beberapa kelonggaran agar sentiasa berwaspada dengan mematuhi SOP bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19.
-ii-