Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Dewan Negara Lulus Usul Junjung Kasih Titah Agong

By 12 Oktober 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 12 Okt (Malaysiaaktif) – Dewan Negara semalam meluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada 13 September lepas.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim berkata usul itu disetujukan selepas menyaksikan lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju setelah ia dibahaskan selama tiga hari mulai 4 Oktober oleh 37 Senator dan disusuli penggulungan 27 kementerian terlibat selama dua hari.

Antara isu yang dibangkitkan pada sesi perbahasan adalah mengenai kit ujian kendiri COVID-19, reformasi sistem perkhidmatan kesihatan, sistem telekomunikasi, pembelaan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dalam pendidikan serta isu anak-anak kehilangan ibu bapa akibat pandemik.

Persidangan semalam menyaksikan 16 kementerian menggulung perbahasan termasuk lima jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Mengikut takwim Dewan Negara, persidangan hari ini akan diteruskan dengan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada pukul 11.30 pagi dan disusuli sesi perbahasan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda