Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Fun Ride HSN 2021 Alor Gajah Meriah

By 11 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sharifah Ithnin (Alor Gajah)/FB Mas Ermieyati Samsudin

ALOR GAJAH, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Sukan Negara tahun ini disambut dalam suasana yang agak sederhana berbanding tahun-tahun sebelumnya memandangkan negara masih dalam tempoh berdepan pandemik COVID 19.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin berkata, beliau amat teruja untuk berkayuh bersama Menteri Belia dan Sukan walau pada awalnya berlaku sedikit kemalangan.

“Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Alor Gajah turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, dimulakan dengan acara Fun Ride HSN 2021 dengan kayuhan sejauh 15 kilometer melibatkan seramai 100 orang peserta.

Gimik perasmian di padang golf oleh Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Gimik perasmian di padang golf oleh Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Pada permulaan kayuhan, rantai basikal saya putus dan terpaksa dapatkan bantuan sebelum saya dapat meneruskan kayuhan sehingga ke garisan penamat.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Pejabat Belia dan Sukan Alor Gajah atas penganjuran program ini walau kita masih dalam situasi pandemik,” ujarnya ketika ditemui di Dataran Keris Alor Gajah, di sini semalam.

Selain acara kayuhan, turut diadakan juga acara senamrobik, gimik perasmian di padang golf serta acara cabutan nombor bertuah dan walaupun dalam cuaca hujan, semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para peserta menjadikan program ini menjadi lebih berjaya.

Turut hadir sama, Ahli Parlimen Alor Gajah Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof, Exco NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ts. Kamel Mohamad.

-FF

Tinggalkan komen anda