Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Hari Sukan Negara Penggerak Masyarakat Kekal Sihat

By 4 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Efandi Yacob

SEPANG, 4 Okt (Malaysiaaktif) – Jabatan Belia dan Sukan Daerah Sepang menganjurkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 bagi menyemarakkan sambutan HSN 2021 yang bakal disambut serentak di seluruh negara pada 9 Oktober nanti.

Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Mohd Azhari Mohammad, berkata walaupun negara sedang dilanda pandemik COVID-19, HSN 2021 perlu diadakan bagi menyemarakkan sambutan tersebut.

“Sambutan kali ini akan dipancarkan secara maya serta diadakan secara hibrid dan fizikal mengambil kira situasi dan keadaan semasa negara dan usaha untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Pelepasan peserta berbasikal.

Pelepasan peserta berbasikal.

“Hari Sukan Negara yang disambut pada 9 Oktober tahun ini dilihat sangat positif dengan trend bersukan semasa pandemik dilihat menarik minat rakyat seperti berjoging atau berbasikal bagi menggalakkan rakyat Malaysia bersukan.

“Orang ramai yang berminat untuk mendaftar, mereka boleh mendaftarkan diri menerusi laman sesawang www.harisukannegara.my bagi mendapatkan sijil penyertaan secara digital,” katanya ketika ditemui sempena program kayuhan santai yang turut disertai Setiausaha Politik Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Muhammad Hilman Idham di Medan Selera Pekan Lama, di sini semalam.

Kayuhan sejauh 70 kilometer yang mengumpulkan seramai 50 orang peserta berbasikal ini bermula dari Medan Selera Pekan Lama seterusnya ke Pantai Bagan Lalang, Pantai Morib, dan berakhir di Bukit Jugra.

-RI

Tinggalkan komen anda