
Laporan/foto: Inthran Krishnan/Wan Muhammad Afiq Wan Mokhtar (Segambut)
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JaPen WPKLP) bekerjasama dengan Gerakan Belia 4B Kawasan Segambut menyantuni penduduk setempat menerusi Program Sepakat@Komuniti Parlimen Segambut di sini, hari ini.
Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Segambut, Rozanurul Nadia Mohamad Johar berkata, program sebegini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada golongan belia dalam usaha memperkasakan Keluarga Malaysia.
“Program sebegini menerima respon yang positif daripada masyarakat yang terkesan akibat pandemik.
“Pada masa sama ia mewujudkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan masyarakat, selain mampu mewujudkan komunikasi dan membina hubungan bersama komuniti setempat,” katanya ketika ditemui pada Program Sepakat@Komuniti Parlimen Segambut di sini, hari ini.
Seramai 20 penduduk setempat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 menerima sumbangan bakul makanan.
Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan Pegawai Penerangan Daerah Lembah Pantai/Segambut, Kyadizah Abd Hamid.
Salah seorang penduduk Taman Kampung Pasir yang menghadiri program Sepakat@Komuniti, Mohd Zainudin, 27, menyifatkan program bersama komuniti ini membuktikan sifat keprihatinan dalam hidup bermasyarakat.

Kyadizah (tiga dari kanan) bersama wakil Gerakan Belia 4B Kawasan Segambut di Program Sepakat@Komuniti Parlimen Segambut.
“Program ini merupakan salah satu contoh terbaik dalam menunjukkan inisiatif kerajaan menyampaikan maklumat selain memberi sumbangan bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan menjaga kebajikan masyarakat setempat,” katanya.
-ZS-