Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Terus Menurun kepada 8,075 Kes

By 5 Oktober 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 5 Okt (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 dalam negara terus mencatatkan penurunan dengan 8,075 kes direkodkan setakat semalam, berbanding 9,066 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman sosialnya berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes kini berjumlah 2,285,640.

Sarawak kekal negeri dengan kes baharu tertinggi sebanyak 1,189 diikuti Kelantan (1,020); Pulau Pinang (853); Johor (781); Selangor (686); Sabah (677); Terengganu (636) dan Kedah (628).

Perak pula mencatatkan 548 kes diikuti Pahang (522); Melaka (219); Kuala Lumpur (151); Negeri Sembilan (108); Perlis (36); Putrajaya (19) selain dua kes di Labuan.

Sementara itu penggunaan katil COVID-19 setakat 5 petang kelmarin ialah 56 peratus bagi katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 54 peratus katil bukan ICU.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda