Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kotak Runcit Bantu Golongan Rentan Hadapi Pandemik

By 2 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Hafiz Mat Nor/Mohd Haniff Tukija (Sabak Bernam)

SABAK BERNAM, 3 Okt (Malaysiaaktif) – Sebanyak 60 kotak mengadungi barangan runcit diedarkan kepada golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Pegawai Penerangan Daerah Sabak Bernam Ahmad Yaacob, berkata beliau berharap bantuan tersebut dapat memberi sedikit kelegaan kepada penerima yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Melalui Program Sepakat@Komuniti JaPen Sabak Bernam dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Daerah Sabak Bernam melalui Kelab Rukun Tetangga telah mengenal pasti 60 penerima sumbangan kotak runcit.

“Barangan runcit yang disumbangkan seperti beras, minyak masak, tepung dan pelbagai barangan runcit yang lain,” katanya ketika menyerahkan sumbangan di Kampung Penerangan Sekinchan, di sini baru-baru ini.

Menurut Ahmaf, selain itu pihaknya turut menyediakan sekotak pelitup separuh muka dan sebotol semburan sanitasi tangan untuk penerima.

“Selain daripada edaran kotak runcit, hebahan awam turut dilaksana agar masyarakat umum mendapat maklumat sahih dan terkini,” katanya.

Menurutnya, walaupun negeri Selangor telah memasuki fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), masyarakat umum perlu mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Lantaran itu kami di JaPen Sabak Bernam melalui program hebahan jabatan akan terus memberi peringatan dan infomasi terkini agar masyarakat umum tidak alfa dan leka dalam usaha kita untuk memerangi pandemik COVID-19,” jelasnya.

-RI

Tinggalkan komen anda