Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

MDPM Wujudkan Tandas Kucing Terbiar

By 9 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

PASIR MAS, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) bersama-sama peniaga Pasar Tasek Raja melaksanakan pengurusan sistematik terhadap kucing gelandangan tidak bertuan dengan mewujudkan tandas kucing.

Yang Dipertua MDPM Hazmi Abdul Hamid, memberitahu bahawa sejak Februari lalu kebanyakkan kucing terbiar di kawasan pasar ini sudah mula menggunakan tandas ini dan menjadikan kucing ini lebih berdisplin, tahu wujudnya tandas ini dan tidak membuang najis merata-rata.

“Idea ini hasil perbincangan Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) bersama-sama peniaga di Pasar Tasek Raja di mana tandas kucing ini bertujuan menjaga kebersihan di sekitar pasar dan memudahkan kucing terbiar membuang najis di tempat yang telah disediakan.

“Sebanyak empat buah tandas kucing telah di bina di luar kawasan peniaga pasar bagi memberi keselesaan kepada pengunjung dan pelanggan dari ganguan bau najis kucing semasa membeli barang keperluan harian,” katanya ketika dihubungi di pejabatnya, di sini baru-baru ini.

Peniaga makanan kucing di pasar berkenaan, Azmi Abdul Rahman, 48, berkata bahawa usaha MDMP membina tandas kucing amat baik dan perlu disokong semua pihak.

“Saya sangat bersetuju pembinaan tandas kucing ini bagi memudahkan kucing terbiar yang berkeliaran di sini membuang najis.

“Kawasan sekitar pasar akan lebih bersih, terhindar dari bau najis kucing,” kata Azmi.

Che Hassan Jaafar 60, Penjaja mengguna motosikal roda tiga dan pengunjung tetap Pasar Tasek Raja.

Che Hassan memaklumkan kucing jalanan di sini telah mula menggunakan tandas yang disediakan itu.

Pendapat ini turut dipersetujui oleh Che Hassan Jaafar, 60, seorang penjaja motosikal roda tiga di Pasir Mas.

“Kebanyakan kucing terbiar di sini telah mula menggunakan tandas ini, saya pun rasa selesa bila berkunjung untuk membeli barangan bagi jualan harian,” kata beliau.

Fatimah Dollah, 58, yang lebih dikenali Kak Tie dari Kampung Padang To’ La Pasir Mas, berpandangan agak berbeza kerana biarpun tandas kucing dibina untuk kemudahan kucing tapi tidak semua kucing buang najis di tandas berkenaan.

“Masih ada yang melepaskan najis di merata tempat termasuk berhampiran kedai saya.

“Setiap pagi saya terpaksa menyapu dan mop lantai agar persekitaran kedai saya agar bersih, tidak berbau najis kucing serta memberi keselesaan kepada pelanggan yang datang membeli di kedai saya.

“Saya berharap tandas kucing ini diselenggarakan dengan baik dan kucing terbiar tertarik untuk mejadikannya sebagai lapangan membuang najis,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda