Skip to main content
Berita UtaraKedahMA

MERT Pergiat Aktiviti Sanitasi Bantu Tangani Penularan COVID-19

By 5 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Fasharina Kholil/Hamsar Abdullah Sani (Sik)

SIK, 5 Okt (Malaysiaaktif) – MARA Emergency Response Team (MERT), Institut Kemahiran MARA (IKM) Sik mempergiatkan kerja-kerja sanitasi bagi membendung penularan COVID-19.

Menurut pensyarah Kejuruteraan Elektrik IKM yang juga bertugas sebagai salah seorang anggota MERT, Hamsar Abdullah Sani, penubuhan MERT adalah kesinambungan daripada Pasukan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) yang ditubuhkan pada sekitar tahun 2014.

“Bertepatan dengan situasi pandemik, MERT proaktif dalam menjalankan aktiviti sanitasi dan ia bukanlah sekadar satu aktiviti sukarela untuk pembangunan masyarakat, tetapi merupakan satu platform IKM bagi mengeraktan silaturahim,” katanya.

Tambahnya, MERT  terbahagi kepaada beberapa unit berdasarkan kepakaran pengurusan bencana serta  keselamatan dan dianggotai  29 orang kakitangan IKM Sik di semua peringkat jawatan.

“Sejak daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 1 hingga ke hari ini, pihak MERT sering menerima jemputan untuk proses sanitasi daripada jabatan kerajaan, sekolah serta institusi pendidikan lain sekitar Kedah.

“Semua proses sanitasi dijalankan dengan teliti termasuklah memakai Pakaian Perlindungan Diri (PPE) yang serba lengkap dalam mencapai proses sanitasi yang optimum,” ujarnya lagi.

Menurut Hamsar, proses ini untuk  membasmi kuman di kawasan atau tempat yang berpotensi tercemar  membendung risiko penularan wabak COVID-19.

Salah seorang anggota MERT sedang menjalankan proses sanitasi di Masjid Al Abrar, Kg Danglau semalam.

Salah seorang anggota MERT sedang menjalankan proses sanitasi di Masjid Al Abrar, Kg. Danglau semalam.

“Penglibatan MERT  hampir setiap minggu dalam proses disinfeksi  menunjukkan peningkatan kesedaran serta tahap kepatuhan orang awam mengenai bahaya COVID-19 bagi membantu kerajaan membendung pandemik COVID-19.

“Proses disinfeksi bertujuan meminimakan risiko penularan COVID-19 dan memastikan persekitaran berada dalam keadaan selamat, kondusif serta terkawal dan tiada sebarang bayaran dikenakan kerana semua kos pelaksanaan dibiayai IKM sepenuhnya,” ujar pensyarah Kejuruteraan Elektrik ini ketika dihubungi di IKM Sik, di sini semalam.

MERT baru sahaja menerima Sijil Pentauliahan Pasukan Cdert Negeri Kedah dan kini ia turut bertanggungjawab sebagai pasukan tindak balas di IKM.

~RJ~

 

Tinggalkan komen anda