Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Pandalela Terima Anugerah Gelaran Datuk

By 11 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norlia Mili (Sarawak)

KUCHING, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, mengucapkan tahniah kepada Pandalela Rinong atas penganugerahan PSBS pada Sabtu.

“Ini adalah pertama kali seorang atlet yang masih aktif menerima pengiktirafan kerana biasanya penerima sebelum ini adalah dalam kalangan mereka yang sudah bersara.

“Penganugerahan ini menunjukkan sumbangan dan pengorbanan Pandelela selama ini dihargai kerajaan Sarawak,” katanya ketika ditemui di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, di sini kelmarin.

Menurut Karim, sambutan Hari Sukan Negara peringkat Negeri Sarawak pada kali pastinya lebih bermakna buat ratu terjun Negara Pandelela Rinong apabila beliau menerima anugerah darjah kebesaran negeri.

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika berucap merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sarawak.

Karim ketika merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sarawak.

“Pandelela, 28, dianugerahkan darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Datuk sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun kelahiran ke-85 Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Sabtu lalu.

“Dilahirkan pada 2 Mac 1993 di Kampung Jugan, Bau, Pandelela muncul buat kali pertama di Kejohanan Remaja Akuatik Asia pada 2007 dan berjaya membawa pulang empat pingat emas dan bintangnya terus menyinar apabila terus meraih pingat di kejohanan-kejohanan antarabangsa yang disertainya,” katanya.

Di antara kejohanan yang beliau sertai adalah dua siri Olimpik (2012 dan 2016), tujuh siri Sukan SEA (2007-2017), lima siri Kejohanan Akuatik Dunia (2009-2019), tiga siri Sukan Komanwel, Sukan Asia China 2010 dan Korea pada 2014.

Terdahulu, Pandelela juga muncul atlet wanita pertama Malaysia menjadi pembawa bendera pada upacara pembukaan Sukan Olimpik London 2012.

-ZS-

Tinggalkan komen anda