Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pemborong Tebu Jadi Pengusaha Produk Minuman

By 4 Oktober 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Nor Syahirah Mohd Hashim (Petaling)

PUCHONG, 4 Okt (Malaysiaaktif) – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lepas merupakan detik yang mencabar dan memberi kesan kepada para peniaga terutamanya peniaga kecil.

Turut terkesan, Asdi Main, 48, yang merupakan pemborong tebu yang berniaga di sekitar kawasan sini, namun hilang pendapatan apabila tidak dapat menjalankan operasi perniagaan.

Namun, Asdi yang telah berkecimpung dalam perniagaan tebu sejak tahun 1996 mendapat idea untuk memasarkan air tebunya dengan membotolkan produk tersebut.

Asdi Main menunjukkan produk minuman air tebu miliknya.

Asdi Main menunjukkan produk minuman air tebu miliknya.

“Demi mengubah keadaan dan daripada ahli keluarga, kami menjenamakan produk dengan membotolkan minuman air tebu dan dipasarkan secara kecil-kecilan.

‘’Saya mempromosikan air tebu ini dalam laman media sosial dan tidak disangka ianya mendapat sokongan masyarakat setempat khususnya di sekitar Puchong,” katanya ketika ditemui di Medan Selera MBSJ Puchong Utama, di sini kelmarin.

Menurutnya, beliau akan memastikan proses pembuatan air minuman tersebut dihasilkan dengan teliti untuk mengekalkan keasliannya.

“Saya bercita-cita untuk meluaskan perniagaan berkenaan ke peringkat yang lebih baik sekiranya bekalan tebu mencukupi,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda