Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

[KEMAS KINI] Penduduk Gemencheh Meriahkan Komuniti@PMR Daerah Tampin

By 11 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noraini Mohd Nasir/Nur Syafiq Mohd Kamaruzzaman (Tampin)

TAMPIN, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2021, Pejabat Penerangan Daerah Tampin menganjurkan Program Komuniti@PMR Hari Sukan Negara 2021.

Menurut pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan Shahnon Mohamad, program seumpama ini harus diadakan saban tahun kerana ianya bukan sekadar dapat mengeratkan silaturahim antara agensi kerajaan, malah dapat membina hubungan rakan strategik yang baik dalam kalangan masyarakat setempat daerah ini.

“Program kerjasama beberapa agensi kerajaan ini seperti Pejabat Belia Daerah Tampin, Persatuan Pengakap, Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC), Parlimen Belia, Belia 4B Tampin dan Kelab Sukan Kecergasan Ina Moncheh (KSKIM) dilihat berjaya menyatukan penduduk setempat dengan aktiviti sukan.

YB Dato’ Mohd Isam Haji Mohd Isa, ADUN Gemencheh dan Tuan Haji Shahnon Mohamad, Pengarah Penerangan Negeri Sembilan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan kayak.

Mohd Isam (kanan) dan Shahnon (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan kayak.

“Program seumpama ini harus diteruskan dan diharapkan di masa akan datang, ianya dapat dianjurkan dalam skala yang lebih besar bagi mendapatkan impak yang lebih baik.

“Kerjasama antara agensi kerajaan dan NGO setempat juga dilihat bagus dalam membina jambatan hubungan yang lebih baik terutamanya dalam merealisasikan misi kerajaan dalam pembentukan Keluarga Malaysia yang harmoni,” ujarnya ketika merasmikan program di Estet Ikan Kampung Sungai Jernih Gemencheh, di sini kelmarin.

Dalam pada itu, Shahnon turut memuji keperibadian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh Datuk Mohd Isam Mohd Isa, yang dilihat sangat mesra dengan masyarakat setempat kususnya penduduk Gemencheh kerana sudi meluangkan masa dan bersama-sama menyertai aktiviti yang telah dijalankan seperti mendaki gunung dan berkayak.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan Kamal Roslim dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin Kajurin@Kaddly Ujin.

-FF

Tinggalkan komen anda