Skip to main content
Berita SelatanMelaka

[KEMAS KINI] Permulaan Sesi Persekolahan Berjalan Lancar

By 7 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salina Hasan@Abd Rashid (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Sesi persekolahan di Negeri Melaka telah bermula sejak 4 Oktober lalu apabila negeri Melaka kini beralih ke Fasa 3 melibatkan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Tingkatan Enam sahaja.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah Muhammad Hamka Dollah, memaklumkanĀ kehadiran pelajar ke sekolah sangat memuaskan dengan mematuhiĀ prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

ā€œAlhamdulillah kehadiran pelajar ke sekolah mencapai sasaran sekolah, biarpun tidak 100 peratus yang hadir namun ianya bukanlah kesalahan disiplin jika ibu bapa memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah.

“Adalah lebih baik jika ibu bapa menulis surat kepada sekolah untuk maklumkan ketidak hadiran anak supaya pihak sekolah akan mengambil tindakan dengan memberikan modul pembelajaran agar mereka tidak tertinggal subjek pelajaran pada hari berkenaan,” katanya yang ditemui di pejabatnya diĀ Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah, di sini baru-baru ini.

Bagi guru Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra Masjid Tanah Jameah Mohd Salleh, berkata setiap hari seawal 7.00 pagi guru-guru akan memeriksa suhu dan memastikan para pelajar menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum masuk kelas.

ā€œPihak sekolah sentiasa memastikan SOP dipatuhi oleh semua pihak supaya tidak berlaku penularan wabak COVID-19 di samping pelajar-pelajar dilihat seronok dan teruja setelah sekian lama tidak hadir ke sekolah kerana tidak sabar untuk belajar secara fizikal yang pastinya tidak sama dengan kehadiran secara maya,ā€ katanya.

Pelajar PPKI SMK Ade Putra.

Pelajar PPKI SMK Ade Putra.

-FF

Tinggalkan komen anda