Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

PPV IDCC Shah Alam Tamat Operasi

By 4 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: A.Prabagaran Assaithampi (Petaling)

SHAH ALAM, 4 Okt ( Malaysiaaktif) – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini secara rasmi telah menamatkan operasinya.

Pengurus PPV IDCC Shah Alam Dr Nur Es Naini Awalludin, berkata PPV ini telah beroperasi lebih empat bulan sejak 24 Mei lalu dengan kekuatan petugas seramai 500 orang terdiri daripada kakitangan awam dan sukarelawan.

“PPV IDCC telah memberikan vaksin AstraZeneca sebanyak 362,396 dos dan vaksin Sinovac sebanyak 211,964 dos.

“Seramai 38,415 penerima vaksin hadir secara jumpa terus bagi tempoh 2 Ogos hingga 30 September 2021 yang melibatkan warga tempatan dan bukan warganegara,” katanya yang ditemui di PPV tersebut, di sini semalam.

Mohamad Zahri (tengah), Johari Anuar ( Kanan) Dan Dr. Es Naini (Kiri) Bersama Dengan para petugas PPV IDCC Shah Alam dalam Majlis Penutupan Rasmi PPV pada malam tadi.

Mohamad Zahri (tengah), Johari Anuar ( Kanan) Dan Dr. Es Naini (Kiri) Bersama Dengan para petugas PPV IDCC Shah Alam dalam Majlis Penutupan Rasmi PPV pada malam tadi.

Majlis yang menghargai jasa dan khidmat bakti petugas-petugas itu turut dihadiri Pegawai Daerah Petaling Datuk Johary Anuar dan Pegawai Kesihatan Daerah Petaling Datuk Dr Mohamad Paid Yusuf.

Johary turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak sehingga PPV IDCC berjaya memberikan vaksin sebanyak 574,360 sehingga 3 Oktober.

“Agensi yang terlibat ialah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawaan Malaysia ( RELA).

“Terima kasih juga kepada Sukarelawaan dari Malaysia Support Volunteer (MyVac), Health Care Provider QueueMed dan Megaklinik Zahran, anda semua wira negara,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda