Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Rakyat Sabah Sedar Kepentingan Budaya Sukan

By 10 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Jeanne J Som/Shahvian Mohd Razali (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Masyarakat kini sedar kepentingan budaya bersukan sebagai amalan gaya hidup yang sihat.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, berkata budaya bersukan dalam kalangan masyarakat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan atau Sporting Nation.

Sporting Nation merupakan salah satu aspirasi atau sasaran kerajaan untuk merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama tahun 2030 di samping menjadi wadah perpaduan rakyat dan penyatuan nasional.

Hajiji ketika menyampaikan ucapan perasmian Program Hari Sukan Negara peringkat negeri Sabah.

Hajiji ketika menyampaikan ucapan perasmian Program Hari Sukan Negara peringkat negeri Sabah.

“Rakyat Sabah juga tidak ketinggalan menerapkan perkembangan revolusi perindustrian keempat atau IR4.0 dalam semua aspek, terutamanya dalam bidang sukan.

“Semua acara Hari Sukan Negara kali ini dilaksanakan secara hibrid dengan menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu dalam teknologi sukan seperti Strava, Garmin, Nike Run Club dan sebagainya penetap pencapaian,” katanya semasa merasmikan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Negeri Sabah di Stadium Likas, di sini semalam.

IMG-20211010-WA0007

Gimik perasmian Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Negeri Sabah disempurnakan oleh Hajiji dengan mengayuh basikal secara hibrid sejauh 100 meter.

Beliau berharap agar Hari Sukan Negara kali ini memberikan kesan positif kepada kesihatan setiap masyarakat di negeri Sabah dan terus menjadikan sukan sebagai budaya gaya hidup sihat.

“Pelaksanaan Hari Sukan Negara pada tahun ini terpaksa dilaksanakan secara sederhana tanpa melibatkan perhimpunan yang ramai dan tertakluk kepada Operasi Standard Prosedur (SOP) dari masa ke semasa,” katanya.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Setiausaha Persukutuan Datuk Zulkapli Mohamed dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Rosmadi Sulai.

-RI

Tinggalkan komen anda