Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

By 2 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 2 Okt (Malaysiaaktif) – Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, disokong oleh sentimen yang lebih baik terhadap mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.1770/1810 berbanding dolar AS daripada 4.1855/1870 semasa ditutup kelmarin.

Peniaga berkata unit tempatan mendapat kekuatan dan meningkat berbanding dolar AS dalam persekitaran sentimen yang positif berhubung pembukaan semula ekonomi selepas lebih banyak negeri beralih kepada fasa seterusnya di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Pengumuman kerajaan pada Rabu bahawa Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Melaka akan beralih daripada Fasa Dua kepada Fasa Tiga di bawah PPN yang berkuat kuasa hari ini (Jumaat) meningkatkan minat pelabur untuk mengambil risiko,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Penganalisis Pasaran Kanan OANDA Asia Pasifik Jeffrey Halley berkata penurunan hasil Perbendaharaan AS semalaman dan aktiviti pengambilan untung mendorong Indeks Dolar AS rendah.

Pada penutup, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0756/0788 daripada 3.0760/0775 semasa ditutup pada Khamis dan naik berbanding euro kepada 4.8361/8408 daripada 4.8531/8548 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding pound kepada 5.6373/6427 daripada 5.6308/6328 kelmarin dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7580/7616 daripada 3.7394/7407 sebelum ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda