
Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Kuala Muda)
SUNGAI PETANI, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 100Ā peserta mengambil bahagian secara bergilir-gilir dalam sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 Peringkat Daerah Kuala Muda semalam.
Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam Mohd Firdaus Yusof, berkata SambutanĀ HSN 2021 bertemakan ‘Keluarga Malaysia Cergas Bersama’ diadakan secara hibridĀ dan seramai 30 peserta mengambil bahagian secara langsung dari tapak program bertempat di Riverfront Sungai Petani, manakala peserta lain yang terlibat secara maya melalui platform dalam talian.
“Walaupun sambutanĀ HSN 2021Ā Peringkat Daerah Kuala Muda kali ini merupakan kali pertama diadakan melalui dua platform iaitu secara langsung dari tapak program dan juga beberapa lokasi lain namun HSN 2021 tetap disambut meriahĀ dalam persekitaran norma baharu.
“Salah satu aktiviti fizikal diadakanĀ adalah Senamrobik Perdana yang melibatkan 30 peserta bagi setiap sesi yang melakukan senamrobik secara bergilir,” katanya ketika merasmikan program HSN 2021Ā di kompleks tersebut,Ā di sini.
Tambahnya, beberapa acara sukan yang diadakan ialah aktiviti basikal lasak, permainan e-sukan, pertandingan virtual e-kata bela diri Karate serta beberapa aktiviti sukan lain yang diadakan diĀ lokasiĀ berasingan.
“Perasmian Hari Sukan Negara Daerah Kuala Muda dipancarkan secara langsung di saluran Youtube Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda dan semua acara boleh disaksikan di saluran berkenaan.
“Sambutan Hari Sukan Kebangsaan Peringkat Daerah kali ini diadakan selama tiga hari mulai 8 hingga 11 Oktober 2021,” katanya.
~RJ~