
Laporan/foto: Toslin Meyub/Cassidy Lisut (Sarawak)
KUCHING, 29 Okt (Malaysiaaktif) ā Sarawak menjadi destinasi popular untuk perhimpunan perniagaan, dan telah meningkat ke senarai teratas.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri, berkata di peringkat antarabangsa, Sarawak dilihat lebih ke hadapan kerana telah memenangi banyak persidangan dan penghargaan antarabangsa.

Nancy menyampaikan cenderamata kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg yang telah merasmikan pelancaran āKuching ā Hybrid City Allianceā.
āBagi menarik pelancong, Sarawak tanpa ragu-ragu menawarkan alternatif bagi mereka yang mencari keaslian, pelbagai pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan berkongsi gaya hidup komuniti asli di rumah panjang, menjelajah gua-gua raksasa Warisan Dunia UNESCO seperti Taman Nasional Gunung Mulu dan sebagainya.
āDalam sektor acara perniagaan, Sarawak mempunyai kelebihan yang jelas dalam penciptaan kandungan yang tiada tandingan, idea inovatif, kreativiti, industri bertenaga muda dan sokongan industri strategik yang menjadikannya destinasi pilihan,ā katanya semasa pelancaran Program āMeet in Malaysia@Sarawakā (MIM Sarawak) dan āKuchingā Hybrid City Allianceā di sebuah hotel, di sini baru-baru ini.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, menyatakan bahawa Sarawak adalah salah satu hos paling aktif di Asia Pasifik dalam acara perniagaan.
āAncaman wabak COVID-19 tidak pernah menghalang usaha acara perniagaan Sarawak untuk berkembang, sebaliknya mendorong hasrat kita menjadi destinasi yang lebih kuat dan lebih berdaya tahan dengan menjalin kolaborasi penting, tidak hanya dalam industri tempatan tetapi juga dengan industri acara perniagaan nasional dan antarabangsa.

Nancy (kiri) bersama Ketua Menteri Sarawak (tengah) dan Abdul Karim (kanan) semasa sidang media selepas pelancaran āKuching ā Hybrid City Allianceā.
āPerniagaan mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran bukanlah sekadar aktiviti sosial tetapi ia adalah sektor ekonomi yang menyumbang kepada transformasi ekonomi Malaysia dan dunia.
āSektor pelancongan adalah penerima manfaat ekonomi dan begitu juga dengan sektor yang lain, seperti pembuatan, pendidikan, teknologi, dan runcit,ā jelasnya.
Terdahulu, Sarawak merupakan negeri pertama yang menubuhkan biro konvensyen pada tahun 2006 yang dinamakan sebagai āSarawak Convention Bureauā (SCB) dan sekarang dikenali sebagai āBusiness Events Sarawakā (BES).
-ZS-