
Laporan/foto: Rajeswari Anbazagan/Ahmad Idham Abd Hamid (Bukit Bintang)
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan sebarang bentuk maklumat atau berita yang belum dipastikan kesahihannya.
Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya Lim Ann Teck, berkata ia perlu bagi mengelakkan daripada berlakunya penyebaran berita palsu.
“Penyebaran berita palsu menyebabkan kekeliruan dan keresahan yang boleh menggugat keselamatan diri dan negara.

Salah seorang warga emas yang menerima sumbangan bakul makanan di Program Sepakat@Komuniti Parlimen Bukit Bintang.
“Oleh itu, semak sesuatu berita sebelum disebarkan di laman media sosial dan sekiranya tidak pasti, jangan kongsi,” katanya ketika ditemui pada Program Sepakat@Komuniti Parlimen Bukit Bintang di Pusat Rukun Tetangga Brickfields, di sini semalam.
Pada majlis tersebut, seramai 20 individu daripada golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas menerima sumbangan bakul makanan.
“Ia merupakan program kerjasama dengan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 4 Parlimen Bukit Bintang,” katanya.
-ZS-