Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Penglibatan dalam Aktiviti Perniagaan, Projek Rintis Tingkatkan Status Koperasi

By 14 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 14 Nov (Malaysiaaktif) – Inisiatif Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) ke arah menyokong penglibatan koperasi dalam aktiviti perniagaan dan projek rintis telah banyak meningkatkan status koperasi.

Presidennya Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata potensi peluang rantaian perniagaan yang memberangsangkan, memberi peluang kepada koperasi bertaraf mikro kekal aktif menjalankan perniagaan dan berubah status kepada koperasi bertaraf kecil, sederhana dan makro.

“Projek Pemerkasaan Koperasi atau Co-operative Empowerment Project (CEP) di bawah Pelan Induk Ekonomi Strategik ANGKASA membuka peluang kepada koperasi untuk terlibat dalam kegiatan ekonomi berskala tinggi bagi membolehkan gerakan koperasi berkembang ke arah mencapai sasaran perolehan gerakan koperasi di Malaysia sebanyak RM60 bilion pada 2030.

“Koperasi juga perlu bersedia memainkan peranan dengan mempersiapkan diri dengan minda, kemahiran keusahawanan dan sumber modal dalam projek CEP yang diteraju ANGKASA untuk memenuhi kehendak pasaran domestik dan antarabangsa”, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) 2021 secara hibrid hari semalam.

Abdul Fattah berkata usaha ANGKASA dalam menjana kecemerlangan sektor perniagaan koperasi Malaysia di persada antarabangsa telah banyak mencipta sejarah sepanjang 50 tahun penubuhan, antaranya, menerusi pengiktirafan oleh Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) terhadap kepimpinan tertinggi badan tersebut dalam pelbagai bidang.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda