
Laporan/foto : Khairul Othman/Parimala Devi(Jelebu)
JELEBU, 9 Nov (Malaysiaaktif) –Pejabat Penerangan Daerah Jelebu telah mengadakan Program Sepakat@Komuniti: Muafakat Bersama Warga FELCRA Lakai.
Program ini adalah bertujuan mengeratkan lagi permuafakatan diantara Pejabat Penerangan Daerah Jelebu dan warga FELCRA Lakai yang sentiasa memberikan kerjasama antara kedua pihak.
Program Sepakat@Komuniti Muafakat Bersama Warga FELCRA Lakai ini telah diadakan di perkarangan Masjid Kariah FELCRA Lakai dengan bertemakan ‘kenduri kampung’ telah disertai oleh warga Kampung FELCRA Lakai yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pertang, Noor Azmi Yusuf.
Warga FELCRA juga turut mengambil peluang menjalankan pemeriksaan kesihatan iaitu memeriksa tekanan darah,kandungan gula dalam darah, berat badan ideal serta mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor dan pembantu perubatan yang dikelolakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu.
Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan,Shahnon Mohamad, beliau kagum dengan permuafakatan diantara warga FELCRA Lakai.
“Ini menjadi salah satu asas pada konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri,” katanya ketika berucap dalam program Sepakat@Komuniti, di sini semalam.
Beliau turut memuji keenakan hidangan yang disediakan secara gotong-royong tanpa mengunakan khidmat katering.
Manakala menurut Pegawai Penerangan Daerah Jelebu, Abd Halim Jumat berkata, FELCRA Lakai diibaratkan sebagai ‘kampung angkat’ Pejabat Penerangan Daerah Jelebu.
“Mereka sentiasa memberikan kerjasama dalam menjayakan pelbagai program jabatan telah melahirkan rasa terima kasih kepada seluruh warga FELCRA atas kerjasama yang diberikan,” katanya.
Khatijah Masrom,58 tahun ketika di temubual berkata,”kami disini sudah lama tiada kenduri,boleh dikatakan sepanjang dua tahun ini memang kurang aktiviti seperti ini.”
Program Sepakat@Komuniti: Muafakat Bersama Warga FELCRA Lakai ini telah dijayakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
-FF