Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Catat Bawah 5,000 Kes

By 12 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 12 Dis (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 semalam merekodkan 4,626 menjadikan jumlah kumulatif 2,688,149 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada jumlah kes harian itu, 4,531 kes merupakan pesakit kategori satu dan dua, manakala selebihnya adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Sebanyak 396 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi manakala pesakit memerlukan bantuan pernafasan melibatkan 211 kes,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mengenai bilangan kes sembuh, Dr Noor Hisham berkata 4,690 kes dilaporkan menjadikan keseluruhan kes pulih daripada virus itu adalah 2,596,509.

Selain itu, beliau berkata enam kluster baharu turut dikenal pasti dan jumlah kluster yang masih aktif di seluruh negara adalah 250 setakat ini.

Dalam pada itu, beliau berkata 298 kes baharu varian yang membimbangkan (VOC) dilaporkan bagi tempoh 19 Nov hingga 8 Disember lepas antaranya membabitkan kes varian Delta, Beta dan Omicron.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian mempunyai kepentingan (VOI) adalah 4,990 kes,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) di negara ini mencatatkan 0.97 setakat kelmarin.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda