Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Penyelidik Malaysia Harumkan Nama Negara dalam SIIF 2021

By 12 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik SIIF

PUTRAJAYA, 12 Dis (Malaysiaaktif) – Penyelidik Malaysia berjaya membawa pulang tiga hadiah utama selain 24 pingat emas, 27 pingat perak dan 37 pingat gangsa, menerusi penyertaan dalam Seoul International Invention Fair (SIIF 2021).

Presiden Persatuan Saintis Penyelidik Malaysia (MARS) Dr Muhd Noor Muhd Yunus berkata tiga hadiah utama tersebut, iaitu dua “Grand Prize” dan satu “Best Inventor” (Pencipta Terbaik), telah dinilai berdasarkan tahap reka bentuk teknologi, kebolehpasaran dan nilai pasaran produk.

Sementara itu, menurut Setiausaha MARS Hasfazilah Hassan, penyertaan Malaysia kali ini meningkat dua kali ganda berbanding tahun lepas, menjadikan jumlah penyertaan sebanyak 113 inovasi daripada 23 insititusi pengajian tinggi dan institusi penyelidikan.

“Kejayaan penyelidik kita di persada antarabangsa seperti ini merupakan satu penghargaan dan penghormatan yang besar terhadap hasil usaha penyelidik-penyelidik dari Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

MARS merupakan organisasi eksklusif yang dilantik oleh Korea Invention Promotion Association (KIPA) untuk membawa penyertaan dari Malaysia ke SIIF.

Dalam pada itu, pertandingan yang berlangsung dari 1 sehingga 4 Disember lepas di Korea Selatan itu telah berjaya menghimpunkan tidak kurang daripada 465 produk reka cipta dari lebih 24 negara.

–BERNAMA

Tinggalkan komen anda