Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

20,939 Kes Baharu Direkodkan

By 12 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 12 Feb (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 negara terus meningkat dengan sebanyak 20,939 kes direkodkan semalam menjadikan kumulatif kes kepada 2,996,361, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kali terakhir Malaysia merekodkan kes baharu COVID-19 melepasi paras 20,000 adalah pada 10 September tahun lepas dengan 21,176 kes.

Menerusi laman sosial Twitter rasminya, Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah berkenaan, 99.44 peratus atau 20,821 kes dalam kategori satu dan dua manakala 118 kes lagi atau 0.56 peratus berada dalam kategori tiga, empat dan lima.

“Kategori satu adalah sebanyak 5,181 kes atau 24.74 peratus; kategori dua,15,640 kes (74.7 peratus); kategori tiga, 95 kes (0.45 peratus); kategori empat,13 kes (0.06 peratus) dan kategori lima,10 kes (0.05 peratus),” katanya.

Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit yang tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan, kategori tiga melibatkan jangkitan paru-paru, kategori empat membabitkan jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen, manakala kategori lima adalah kritikal, organ rosak serta memerlukan bantuan ventilator.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda